Dari Lensa...
By: Babah Faliqh

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[Archive]
Friday, 19-Feb-2010 11:47 Email | Share | | Bookmark
........................................

 
Fotopages bukan macam blog... boleh private bila-bila suka... invite pembaca terpilih sahaja untuk view... cantas komen sesuka hati... boleh kesan siapa pengunjung... hehheheeh... itu blog canggeyyyy...

Aku akui... aku rindu sangat dengan dunia blogging... mencoret apa sahaja yang tergerak dek hati dan jari... owhh... ada lagi satu blog private yang mana hanya kawan-kawan sewel aku aje yang boleh masuk... tapi lagi la aku rasa segan nak menjiwang kadang-kadang... sebab diorang kalau dah dapat nak maki memang kaw-kaw tak ingat hahahha... lantaklah aku tak update apa dah kat situ. Password pun aku dah lupa...

Walau macam mana aku nafikan pun, aku kena akur... aku tak boleh sebarang mencoret. Ada hati yang perlu dijaga walau selalu aku disogokkan dengan kata-kata... "...kau punya blog, kau punya suka...", ada masa-masa aku perlu pertimbangkan hati dan perasaan orang lain juga... dan kerana itu merupakan antara sebab utamanya... blog yang aku sayang aku kuburkan sahaja...

Laman foto ini tercipta kerana aku rindu dengan dunia blog juga sebenarnya... selain aku nak abadikan foto-foto yang ada dalam simpanan aku disini... bersama kisah yang tercoret disebalik foto yang diabadikan itu... tak ramai yang tahu tentang laman ini... sebab aku tak bagitahu pun hahahah... kata pun "laman bawah tanah" kan... tapi entah macam mana aku rasa ramai pulak kenalan aku yang tahu pasal pages ni... tambah sakit hati bila diorang dah tahu, boleh pulak diorang buat-buat tak tahu. Haihhh... meh la cakap "hai" kat aku... sampai hati biar aku terkontang kanting feeling-feeling korang tak tahu ni laman foto aku hahahah... nak buat macam mana... encik Google adalah pekerja yang sangat dedikasi... sorok macam mana pun lama-lama orang tahu jugak...

Kadang-kadang aku kena akur pada keadaan... hal yang paling sukar di dunia ini ialah menjaga hati dan perasaan sesama manusia. Apatah lagi bila melibatkan orang yang sangat kita sayang. Lagilah kita rela hati kita yang terluka dari kita yang melukakan hati... betul tak?? Ehh... aku tanya sapa ni? Hahaha...

Biarlah... untuk sekali lagi, aku korbankan pula kecintaan aku kepada laman foto ini. Aku sangat suka mencoret sebab aku kuat merapu... tapi andai coretan aku melukakan hati sesiapa... aku lebih rela tidak mencoret apa-apa langsung. Owhh... pasni kena beli diari la pulak... hahahah... gelak sambil kukk kepala sendiri...

Terima kasih di atas kunjungan kalian kemari... manis rasanya bila dapat berkongsi sedikit dari kisah perjalanan hidup aku dengan kalian... tapi sayangnya... kemanisan itu tidak lama... sekali lagi, dengan rasa sedih... aku mengundur diri...


[Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net